BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
ahlan wasahlan''''''''''''

Rabu, 11 Januari 2012

Rindu Nabi Muhammad Terhadap Kita

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 









Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
    
    Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.

    Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.

   "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

  "Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.

   Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."

  Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.

  Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.

   "Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.

Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.



Remaja : Iman VS Rakan









Alam remaja tak lekang cabaran. Daya inkuiri yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru amat ketara. Perasaan dan keinginan bergelora hebat. Ia suatu tempoh transisi menuju dewasa. Rakan sebaya biasanya sangat berpengaruh dalam kehidupan seseorang remaja dalam tempoh ini.

Seringkali setiap remaja keliru untuk berhadapan dengan segala sesuatu. Sukar untuk menentukan bagaimanakah sepatutnya perasaan, konsep dan penilaian sebenar terhadap masalah-masalah, terhadap peristiwa-peristiwa dan juga terhadap individu manusia pada keseluruhannya.

Firman Allah S.W.T. ;


وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الأعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
(Surah Ali 'Imran: ayat 139)

Rasa mulia dan tinggi dengan iman, suatu perasaan yang sungguh memotivasikan hidup. Perasaan ini akan menjadikan hidup lebih terarah dalam menghadapi setiap realiti, kemungkinan dan nilaian manusia. Muslim beriman akan memegang Iman dan nilainya mengatasi segala bentuk nilai yang datang dari sumber yang lain. Sungguh hebat perasaan ini mempengaruhi hidup seseorang yang yakin dengannya.

Begitulah remaja beriman takkan mudah goyah dengan nilaian kawan-kawan. Tetap teguh pendirian apabila kawan-kawannya mengejek lekeh jika tidak merokok. Atau memandang tak laku jika
belum berpunya. Dia tak mudah melatah apabila dianggap ’skema’. Imannya menjadi perisai apabila diajak berfoya-foya.

Hebat sekali kuasa iman. Rasa mulia dengan iman ini suatu perasaan yang perlu ditanam dan disuburkan hinggalah ianya tidak menjadi suatu perasaan yang hangat-hangat tahi ayam sahaja. Perasaan agung itu mestilah berdasarkan kebenaran Allah yang Maha Hidup dan tidak mengenal mati. Kebenaran yang tetap hidup walaupun dicabar oleh kekuatan, oleh konsep dan realiti yang sering berlegar dalam kehidupan seharian remaja.

Contohnya, remaja beriman akan
tegas berkata,
”Saya takkan menjadi robot yang hanya terpacak di hadapan tv, diikat hidung oleh media yang sering menghidangkan hiburan.”



Kebanyakan remaja hari ini terdedah dengan arus globalisasi hingga mempunyai cara berfikir sendiri yang sangat berpengaruh sesama mereka. Persekitaran dan didikan juga menyebabkan mereka mempunyai nilai-nilai yang sukar untuk ditentang; nilai yang menekan rakan sebayanya untuk turut terikat dengannya.
”Tak keluar dating? Apa kuno sangat kamu ni? Ni bukan zaman nenek moyang dulu.”

Inilah hanyalah salah satu contoh pemikiran remaja kita.

Cara berfikir, dan nilai itu menekan remaja lain yang tidak mempunyai persediaan yang kukuh. Begitu juga setiap konsep yang membelenggu cara berfikir remaja hari ini memang mempunyai ikatan yang kukuh dan kuat, yang sukar dikikis jika tidak dihadapi dengan suatu konsep yang kebal yang diceduk dari Allah S.W.T. Setiap remaja yang menentang arus, yang menentang cara berfikir remaja lain, menentang nilai hidup mereka dan sebagainya, tentu akan merasa
tersisih dan bersedih hati, jika tidak berpegang kepada dahan yang lebih kukuh dari manusia itu sendiri


 Allah S.W.T. pasti tidak membiarkan orang-orang yang beriman keseorangan menghadapi tekanan, kesepian menanggung beban yang berat itu. Oleh kerana itu, sungguh indah (Surah Ali 'Imran: ayat 139) memujuk setiap orang beriman. Sesungguhnya orang yang beriman itulah orang yang paling tinggi darjat tempat pergantungannya.
Kenapa nilai remaja lain perlu lebih berpengaruh dalam hidup kita berbanding nilaian Allah yang menciptakan kita semua?

Fikir-fikirkanlah.
Contohilah keberanian Rabi’ bin Amir dalam menyatakan imannya di hadapan Rustam menjelang perang Qodisiyyah.
"Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya daripada pengabdian terhadap hamba kepada pengabdian kepada Allah s.w.t., dari kesempitan dunia kepada keselesaan hidup dunia dan akhirat, juga dari kezaliman agama-agama lain kepada keadilan Islam. "

Wahai remaja beriman, kita belum lagi diuji berhadapan kuasa kafir sebagaimana Rabi’ bin Amir berhadapan Rustam, kita baru diuji berhadapan dengan suara-suara rakan sebaya. Kenapa perlu gentar menyatakan iman kita terhadap mereka bagi menolak segala ajakan dan dakwaan yang tidak sihat? Jangan mudah mengalah.
Rasa mulia dan tinggilah dengan iman.

Selasa, 10 Januari 2012

PESANAN UNTUK ORANG CANTIK.....

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl






Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu. Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.

   Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah, buruk, hina, sakit san bermacam-macam perkara lagi. Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.

    Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.
Memang Allah menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya Allah. Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya.
Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini. Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.

    Kadang-kadang kecantikan memusnahkan. Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.
Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh Allah supaya dia boleh terbang dan menerjah api.

     Samalah halnya, kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.




   Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.
Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan Allah kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja Tuhan.

   Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia . Cantik pada pandanagn Allah adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan Allah.
Barangkali juga yang buruk tapi dia faham Allah tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya. Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah, orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan Allah!




SEMOGA APA YANG TELAH SAYA KONGSIKAN PADA HARI INI AKAN   
MEMBERI MANFAAT KEPADA KALIAN SEMUA...MAAF SEANDAINYA KATA-KATA SAYA ADA YANG SALAH DAN MOHON AGAR ADA YANG SUDI MENEGUR KESALAHAN DIRI INI...

Ayuh berjuang demi maruah remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia !

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ





"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ?  Yaasin : 60-62
                   
             
               usah bersedih atas perpisahan sementara ini
             jika benar dia tercipta untukmu
          tiada apa yang dapat menghalangnya sebelum saat itu tiba
        berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
     mohonlah padanya dengan penuh mengharap






Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

                      Beruntunglah kamu !
         tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
       Allah memilihmu sayang
     angan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10)




Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]


                     Dan tika kamu merasa lemah
                  Mohonlah kekuatan dariNya
             Allah itu dekat dan yakin pasti



Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]


                         

Isnin, 9 Januari 2012

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl 





Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram nya,dia menjaga maruah dirinya,malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.Harga diri wanita terlalu mahal.ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarikserta menutup seluruh badannyadari kepala hingga ke kaki.Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,ianya diumpamakan dengan  wanita,kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum.Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.

     Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat,darjat,harta dan kemewahan dunia.menyentuh berkenanan pakaian wanita.Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hinggalah kepada pekerja peringkat atasan.Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat.Walaupun pelbagai jenis tudung diperaga dan dipakai,namun pemakaiannnya masih tidak lengkap dan sempurna.Masih ada lagi menampakkan batang leher,dada dan sebagainya.Ada yang memakai tudung,tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.





        Cara pemakaian seorang artis yang kita boleh contohi


     
      Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita ISLAM kini.Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya,dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.Labuci warna-warni dijahit pula dia atasnya.dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar untuk tudung.Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,sebaliknya menambahkan fitnah keatas wanita .Walhal sepatutnya pakian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya,malah sekaligus menutup maruahnya sebagai wanita.Iaitu pakian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk badan wanita,dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadibahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.Bilamana wanita bertudung tetapi masih  berhias-hias,maka terjadilah pakian wanita ISLAM sekarang walaupun bertudung,tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri,sombong makin bertamabah.Jalan semakin mendabik dada.Terasa tudung kitalah yang paling cantik,up-to-date, sofistikated,bergaya,ada kelas dan sebagainy.Bertudung tapi masih ingin bergaya.




KESIMPULANNYA..

   tudung yang kita pakai tidak membuatkan rasa kehambaan.Kita tidak merasakan diri ini hina,banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.Kenapa hati ini mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakia tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembayang.Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki atau tunang (tanpa ditemani oleh ahli keluarga).Ada orang bertudung yang masih terlibat denagn pergaulan bebas.Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang yang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.Jadi,nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.Orang ISLAM lain turut ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum ISLAM.Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.Lebih baik tidak bertudung.Mereka rasa lebih bebas lagi.Orang-orang bukan ISLAM pula tawar  hati untuk masuk ISLAM kerana sikap umat ISLAM yang tidak menjaga kemuliaan.

WALLAHUALAM……



Ahad, 8 Januari 2012

Jadilah Seorang Lelaki yang Beriman

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Yang sentiasa haus dengan ilmu,
Yang sentiasa dahaga akan pahala,
Yang solatnya adalah maruah dirinya,
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu,
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah.

        

         Jadilah seorang lelaki,
Yang menjaga tutur katanya,
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya,
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang,
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang.

           

         Jadilah seorang lelaki,
Yang menghormati ibu bapanya,
Yang sentiasa berbakti kepada orang tua dan keluarga,
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam,
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan,
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat.

          Jadilah seorang lelaki,
Yang sentiasa bersedia untuk menjadi imam,
Yang hidup di bawah naungan al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah,
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara,
Yang menjaga matanya dari berbelanja,
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah ke atasnya.







                                               
       Jadilah seorang lelaki, 
Yang tidak pernah membazirkan masa, 
Matanya kepenatan kerana membaca al- Quran, 
Suaranya lesu kerana penat berzikir, 
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan, 
Bangunnya Subuh penuh kecergasan, 
Kerana sehari lagi usianya bertambah kematangan. 
               
       Jadilah seorang lelaki, 
Yang sentiasa mengingati mati, 
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga, 
Agar berputik tunas yang bakal menjaga baka yang baik, 
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.
            


        Jadilah seorang lelaki, 
   Yang tidak terpesona dengan buaian dunia, 
Kerana dia mengimpikan syurga Allah.

KEMANA ARAH KITA??DEMAM KOREA??

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izinya dapat juga saya mencoret sedikit di alam maya sya ini..dan tidak lupa juga selawat dan salam saya tujukan ke NABI kita iaitu Nabi MUHAMMAD S.A.W,keluarga serta para sahabat-sahabat Nabi yang telah mati syahid demi memperjuangkan agama suci kita ini...Apa khbar semua sahabatku??hari ini sya ingin membawa sedikit pengisian bukan sahaja untuk kalian semua tetapi peringatan juga untuk diri saya sendiri yang lemah ini...semoga apa yang saya kongsikan pada hari ini mampu memberi manfaat kepada kalian semua..Insya-ALLAH...maaf sekiranya ada yang terasa ok...








FENOMENA HERO DAN HEROIN KOREA MENGHANTUI REMAJA MALAYSIA KETIKA INI.BERASNYA ARUS GELOMBANG K-POP SEHINGGA NEGARA KITA TERPANGGIL UNTUK MENGUNDANG  ARTIS  DARI NEGARA KOREA MENGADAKAN  KONSERT MEREKA.KEGILAAN REMAJA PADA KECANTIKAN HEROIN KOREA BERSAMA KASUT BUT YANG DIPAKAI  MEREKA MEMBUATAKAN TERPEKIKNYA SESIAPA YANG MELIHAT.KETAMPANAN HERO YANG TINGGI LAMPAI BERWAJAH COMEL BERJAYA MENGUGGAT HAT-HATI WANITA TEMPATAN




               Ditambah pula jalan cerita drama korea yang mempunyai taring tersendiri.entah berapa ramai menggugurkan air mata ketika menyaksikan terpisahnya hero dan heroin.diselit pula dengan lawak spontan serta kombinasi watak manja dan kasar oleh heroin.disambut baik pula oleh maskulin idaman semua wanita.
Nama-nama seperti Goo Jun Pyo.Jeon Jin Ho,Lee Min Hood an ramai lagi menjadi bualan anak muda kita.malah dalam sedar atau tidak ia juga meragut jiwa-jiwa yang selama ini berpegang teguh dengan kehidupan Islamik mereka.Walaupun bertudung litup sekalipun tidak terlepas daripada tergugat dengan pasangan penangan aura dunia “kollywood”..

               Kegilaan ini jika dilihat secara majoritinya lebih diminati golongan wanita.Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan tisu di hadapan komputer,namun  kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita.malah ada sebahagian wanita yang memuja meraka dengan memenuhkan semua  gambar artis korea mereka di muka depan Facebook dan Twitter sehinggalah yang ditampal di dinding bilik rumah.
Ada segelintir wanita apabila ditanya mengapa mereka sukakan drama korea.lalu dijawab,”kami teruja dengan ketampanan hero mereka!”Bila ditanya pula,bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki yang tampan?jawapan yand diterima ialah.”Kami wanita tiada masalah bila melihat lelaki,berbanding lelaki yang diwajibkan menundukkan pandangan kerana mereka lebih terdedah kepada godaan bila melihat wanita”.

      



               
              Benarkah kenyataan demikian?adakah benar ia bertepatan dengan agama.mari kita koreksi semula dari sumber agama.Memang benar ayat suruhan untuk menundukkan pandangan itu diturunkan untuk lelaki pada surah an-Nur ayat ke 30.Namun jangan kita terlupa akan sambungan ayat berikutnya yang mana ALLAH menyuruh agar wanita juga perlu menundukkan pandangan mereka.
Ini jelas terbukti bahawa tidak dibezakan antara lelaki dan wanita.dalam surah an-Nur ayat ke 31 yang bermaksud.”Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram).dan memelihara kehormatan mereka.

            Ayat yang telah diberitakan kepada kita ini telah menyangkal dakwaan kononnya ‘wanita tidak mengapa.tetapi lelaki  tidak  boleh’.sudah semestinya dakwaan bahawa  ‘wanita  tidak tergoda jika melihat lelaki’ juga sama sekali tertolak.Secara tidak langsung Al-Quran menjawab kepada kita tanpa membezakan gender dengan suatu keputusan bahawa “lelaki dan wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan mereka.
Sejarah lalu mungkin boleh menguatkan dakwaan ini.Terlupakah kita kisah Nabi Yusuf a.s. bersama wanita yang mengodanya?Ketika Nabi yusuf a.s. melihat wanita tersebut yang sangat rupawan,lalu beliau langsung  tidak terpengaruh untuk terus melayang perasaan melihat wanita tersebut.bahkan hatinya mula melupakan wanita tersebut.

             Berbeza pula kepada wanita yang menggoda Nabi Yusuf  a.s. wanita itu melihat Nabi Yusuf a.sa dengan penuh perhatian.Ketampanan Nabi Yusuf a.s. memukau kelopak mata daripada terus berkelip.Akhirnya ,dengan pandangan seorang wanita munculnya keinginan syahwat yang meledakkan nafsu sehingga terkoyak belakang baju Nabi Yusuf a.s.

           Bukankah ini terbukti wanita juga mampu tergoda dengan kuasa mata?tidak dinafikan memang benar mata lelaki itu lebih pantas impulsnya.namun,unutk menafikan wanita tidak tergugat dengan sekali pandang belum tentu jaminannya.Artikel ini bukanlah menggesa semua wanita secara terus menukar “wallpaper” dan profil di facebook dan Twitter dengan gambar pokok atau batu semata-mata.Bukan juga mengharamkan kita semua daripada terus meminati artis korea pujaan kita.Tetapi ia sekadar renungan bahawa mata itu satu energy pembawa gelora.Tanpa membezakan sebarang jantina.

KESIMPULAANNYA

Ayuh bersama meminati ibu dan ayah kita.Merekalah sebebnrnya hero dan heroin kita sepanjang zaman.Kisah drama kehidupan mereka memelihara kita lebih hebat dalam menggugurkan air mata.Tanpa perlu berhadapan dangan komputer,wajah  “box office” mereka sahaja sudah mampu membasahi pipi kita.


waaullahualam....