BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
ahlan wasahlan''''''''''''

Jumaat, 22 April 2011

embun hidayah yang datang''''''''''''''

setitis embun hidayah jernih
di hujung daun yang bersih
kemilau warnanya bak permata 
dingin menyentuh kelopak rasa

setitis hidayah suci menguah ditabir suci
nurnya bak sinar mentari
menerangi di kamar diri

embun hidayah kurniaan yang esa
tanpa mengira bangsa dan rupa
tertabur petunjuk ke seluruh benua
islamlah manusia di mana-mana


muslim di afrika ,amerika ,eropah,dan asia
embun hidayah menyatuhkan hati
damailah dunia amanlah semesta

embun hidayah milik allah
meniti lidah Rasulullah
subhanallah subhanallah
zaman berzaman ...terus melimpah''''''''''''

Selasa, 12 April 2011

Ayuh berjuang demi maruah remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia !


"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ? "  Yaasin : 60-62

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah!
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]
Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
 sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]
Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]
Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Remaja,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa jalan mu....

Jumaat, 18 Mac 2011

Layakkah aku bergelar seorang wanita soleha..???

Diri ini bukan la seorang wanita yang soleha..Diri ini hanya la seorang wanita yang biasa-biasa sahaja...Tidak ada yang special...Tiap detik Hamba ini sentiasa memohon petujuk serta hidayah dari ALLAH yang Maha Besar dan Maha Berkuasa agar di beri petunjuk untuk menjadi seorang wanita yang soleha...Hamba yang sungguh kerdil ini sentiasa memohon agar suatu saat nanti Hamba ini akan di berikan peluang menjadi seorang wanita ynag soleha...Kerap kali diri ini merasa seperti seorang hamba yang sangat lah hina kerana tidak mampu menjadi seorang wanita ynag soleha dan menjadi wanita yang lemah lembut....Persoalan nya di sini..Mampu ka diri ini menjadi seorang wanita yang soleha seperti Aisya,Fatimah Az-zahra dan Khadijah....Diri ini sering terfikir "sampai bila kah aku bersifat seperti ini..??dan akan menjadi seperti wanita-wanita soleha yang lain..."...Terkadang apabila duduk bersendirian tiba-tiba sahaja air mata akan mengalir kerana terkenangkan sikap diri ini...Diri ini pernah merasa hidayah daripada ALLAH tetapi hidayah itu telah hilang kerana hamba yang sangat lemah ini tidak berpegang teguh dengan hidayah yang telah diberikan....Kini baru la menyesal...Dahulu nya semasa dibrikan hidayah...Diri ini sentiasa mengingat kan ALLAH stiap masa dan apabila hendak melakukan dosa...Diri ini akan sntiasa teringat bahawa ALLAH akan sentiasa melihat apa yang di lakukan...Sesungguhnya ALLAH Maha Melihat dan Mengetahui...Namun kini baru la hamba ini sangat menyesal kerana melepaskan hidayah yang telah diberikan...Hamba hanya mampu berdoa semoga diri ini akan diberkan hidayah dan disentuh hati hamba ini.....

Selasa, 22 Februari 2011

jihad wahai mujahid''''''''''''''''

dakwah boleh ditafsirkan sebagai sebilah pedang yang hanya tidak di tujukan kepada seorang '''''''''' kita sebagai hamba ALLAH yang sohih seharusnya menanamkan satu semangat jihad di dalam diri  bagi meneruskan perjuangan para mujahid  jihad satu ketika dahulu '''' berjihad itu bukan hanya mengangkat pedang di medan perang ia juga boleh di perjuangkan di diri seseorang dimana dia berjihad untuk memperjuangkan sesuatu dalam diri untuk mendapat keredaan-NYA